MELAKA – Pakatan Harapan (PH) secara rasmi mengumumkan senarai 21 calon bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, dengan Pengerusi PH Melaka, Datuk Seri Adly Zahari diletakkan mengetuai cabaran gabungan itu dalam misi merampas pentadbiran negeri.
Pengumuman barisan calon berkenaan disempurnakan oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan PKR memperolehi agihan kerusi terbanyak iaitu sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), disusuli DAP dengan tujuh kerusi manakala Amanah bertanding di lima kawasan.
Percaturan PH kali ini turut menampilkan beberapa nama berprofil tinggi dan pimpinan utama parti. Antaranya Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang ditaruhkan di DUN Paya Rumput, Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, Datuk Ginie Lim Siew Lin di DUN Machap Jaya, serta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir yang diberi kepercayaan di DUN Klebang.
Adly, yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, kekal dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi tradisinya di DUN Bukit Katil.
Berikut adalah senarai penuh 21 calon PH bagi PRN Melaka:
-
DUN Kuala Linggi – Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah
-
DUN Tanjung Bidara – Mohd Yunazri Mustamiri
-
DUN Rembia – Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan
-
DUN Gadek – Jegasilan K.
-
DUN Machap Jaya – Datuk Ginie Lim Siew Lin
-
DUN Durian Tunggal – Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
-
DUN Asahan – P. Denesh
-
DUN Paya Rumput – Datuk Azman Abidin
-
DUN Klebang – Farzana Hayani Mohd Nasir
-
DUN Pengkalan Batu – Jason Tze-Xi Nathan
-
DUN Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
-
DUN Bukit Katil – Datuk Seri Adly Zahari
-
DUN Ayer Molek – Muhammad Hakimin Mokhtar
-
DUN Kesidang – Seah Shoo Chin
-
DUN Kota Laksamana – Low Chee Leong
-
DUN Duyong – Poo Long Suan
-
DUN Bandar Hilir – Leng Chau Yen
-
DUN Telok Mas – Kapten (B) Mohamad Jaafar
-
DUN Rim – Esma Eazreen Husin
-
DUN Serkam – Muhammad Faiq Azman
-
DUN Merlimau – Rahayu Hamzah
PRN Melaka dijadualkan berlangsung pada 14 November depan, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober ini manakala pengundian awal diadakan pada 10 November.



