KUALA LUMPUR – Hubungan cinta antara bekas suami kepada Nora Danish, iaitu usahawan popular Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned, bersama pelakon Nadia Brian kini bukan lagi sekadar spekulasi.
Terbaharu, Nedim mencuri perhatian warganet apabila memuat naik foto mesra mereka berpegangan tangan di media sosial, disertai kapsyen romantis yang secara tidak langsung mengesahkan hubungan tersebut kepada umum.
Momen ringkas tetapi penuh makna itu pantas mencetuskan perbualan hangat dalam talian.
Lebih sweet, Nadia turut mengulang siar perkongsian berkenaan dan meninggalkan komen ucapan terima kasih bersama emoji hati merah, seolah-olah memberi lampu hijau bahawa hubungan itu kini terbuka untuk tatapan semua.
Ruangan komen dibanjiri reaksi positif. Rata-rata netizen tampil menyokong, memuji keserasian mereka dan tidak kurang juga yang mendoakan agar percintaan ini berakhir di jenjang pelamin.
Aura matang, tenang dan low-key pasangan ini nyata ‘kena’ dengan vibe warganet.
Untuk rekod, hubungan Nedim dan Nadia sudah lama dihidu apabila mereka kerap berkongsi foto bersama di akaun masing-masing.
Namun, perkongsian terbaharu ini dianggap sebagai detik paling ‘clear’ yang menguatkan lagi cerita cinta mereka.



